Khamis, 25 Oktober 2012

 11:11 PG         2 comments
Bismillah..Subhanallazi sahharalana haza  wama kunna lahu muqrinin wa inna ila Rabbina lamunqalibun..

Doa ku panjatkan sebelum kereta bergerak ke sekolah. Allah..Allah..ku syukuri nikmatMu..pagi tadi on radio IKIM dengar tafsir surah As-Soffat dari Ustaz Zahazan tentang  keadaan penghuni syurga yang kaya raya disebabkan fakir di dunia setelah mensedekahkan segala harta bendanya kerana Allah ketika di dunia..begitu juga kisah sahabatnya yang menghuni neraka kerana kaya di dunia dengan berpoya dan kufur akan nikmat Allah ketika berada di dunia..Ya Allah lindungilah kami daripada azab api neraka dan berilah kami kekuatan untuk bersedekah mengikut kemampuan kami..hati menjadi gentar dan sayu mendengar tafsiran surah itu...

Tajuk perbualan Warna Pagi IKIM Fm diteruskan dengan menceritakan pengalaman Seorang lelaki Islam Bosnia Senad Hadzic  yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara. Dia tiba di Mekah pada Sabtu lalu.dan tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidupnya.
Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.
Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.
Beliau merentasi Syria pada April lalu. Berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Beliau melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi beliau tidak pernah ditahan.
Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan beliau mengosongkan beg sandangnya. Apabila beliau menunjukkan al-Quran dan menyatakan beliau berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan nya
Beliau menyatakan  berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuannya.
Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.
Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.
Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.
Kisah tersebut begitu meninggalkan kesan pada diri saya yang begitu merindui Masjidil Haram..beberapa orang sahabat pun menegur kenapa pagi2 dah menangis..Aku akan terus meminta kepadaMu Ya Allah..biarlah aku menjadi orang yang terus meminta pada Allah kerana aku yakin Dia Maha Kaya dan suka memberi kepada manusia.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim