Isnin, 8 Oktober 2012

 3:56 PTG      No comments
Assalamualaikum..
Berdoalah..

Alhamdulillah kepada para guru dan ibu bapa serta pelajar Ting 3 2012..esok bermulalah bagi mereka untuk menghadapi peperiksaan PMR jadi atas rasa tanggungjawab dan kasih sayang sebagai guru saya titipkan doa untuk panduan ibu bapa dan pelajar untuk mereka menghadapi peperiksaan. Ingatkan bahawa doa ibu bapa tiada hijabnya antara kita dengan Allah SWT ( sgt Maqbul )jadi rebutlah peluang ini semoga kejayaan anak kita adalah kejayaan yang diberkati insyaAllah..

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وأصحابه أجمعين
يا الله يا رَحْمَن يا رَحِيم
Terangilah hati anak kami dengan cahaya petunjukMu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahariMu selama-lamanya

يا الله يا فَارِجَ الهَمِّ وَيَا كَاشِفَ الْغَمِّ 
Kami pertaruhkan kepadaMu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya

يا الله يا كَرِيمَ يا عَزِيزُ
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami. dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi perkerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberianMu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang engkau hindarkan daripada kami

يا لله يا غَنِىُّ يا حَمِيدُ
Ya Allah ya Tuhan kami yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Kurniakanlah kemudahan urusan untuk anak-anak kami menjawab soalan Peperiksaan PMR pada kali ini. Jadikanlah mereka anak yang cemerlang di sisiMu ya Allah. Cemerlang Akademik dan cemerlang Sahsiah. 

اللهم لاَ سَهْلَ إِلاََّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجَعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
 ربنا اّتنا فى الدنيا حسنة وفى الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اّله وصحبه أجمعين 
والحمد لله رب العلمين


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim