Rabu, 24 Oktober 2012

 2:52 PTG         No comments
Saya mulai dengan lafaz La ilahaillallah yang mana kalimah ini apabila ditimbang bersama tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, pasti kalimah ini lagi lebih berat.

Solat di sini pun Alhamdulillah dah dapat menitiskan air mata apatah lagi di Masjidil Haram
Esok adalah hari Arafah bersamaan 9 Zulhijjah yang mempunyai banyak kelebihannya. Alhamdulillah pagi tadi sempat berucap dihadapan anak murid memberitahu mereka tentang kelebihan hari Arafah ini. Kali ini nak berkongsi dengan sahabat pula di alam maya..saya memperingatkan diri saya terutamanya dan sahabat2 sekalian jom kita amalkan setakat mana mengikut kemampuan kita.

Untuk mencapai kelebihan pada bulan ini, umat Islam dianjur melakukan pelbagai amalan antaranya:

Pertama: Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.
Kedua: berpuasa pada hari berkenaan atau sekadar kemampuan terutamanya pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Puasa pada hari Arafah ini aku mengira Allah SWT akan mengampunkan dosa setahun lalu dan setahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)
Ketiga: Memperbanyakkan takbir dan berzikir. Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai dengan lafaz ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa Lillahil Hamdu.
Keempat: Bertaubat dengan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba daripada rahmat Allah, manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
Kelima: Memperbanyakkan amalan salih terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya digandakan pada hari berkenaan.
Keenam: Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat haji, disunatkan bertakbir bermula dari waktu Subuh hari raya dan berakhir sehingga waktu Asar pada hari 13 Zulhijjah.
Ketujuh: Disyariatkan amalan korban iaitu menyembelih haiwan ternakan pada hari raya haji dan hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah amalan nabi Allah Ibrahim AS setelah Allah SWT mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail AS tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
Semoga kita sama2 mendapat manfaatnya..ya Allah ya Tuhan kami ampunilah kami, rahmatilah kami, kurniakanlah kami hidayah yang berpanjangan dan nikmat rezeki yang Kau redhai..
Selepas ini kita nantikan ketibaan awal Muharram..alangkah indahnya Islam.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim