Rabu, 31 Oktober 2012

Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

Pagi2 sudah bergegas menghantar anak yang 3 Mumtazah menjalani peperiksaan peringkat Daerah Sabak Bernam di Pasti Al-Hidayah Simpang Empat BNO. Anak saya ni bersekolah di Pasti Luqmanul Hakim Kg Permatang Sabak Bernam. Saya memilih untuk menghantar sendiri anak saya memandangkan Cikgunya tiada pengganti jika dia yang menghantar...

Inilah salah satu kelebihan sekolahkan anak di PASTI..anak-anak kita ada periksa macam sekolah rendah juga. Apa yang menariknya pada peperiksaan akhir tahun, murid yang dapat nombor 1 bagi yang berusia 5 dan 6 tahun akan menjalani peperiksaan sekali lagi di peringkat Daerah. Jika berjaya di peringkat Daerah pula akan periksa sekali lagi di peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan..hebat bukan pihak pengurusan PASTI. Soalannya juga boleh tahan, salah satu soalan yang famous ialah, saya ambil perkataan SEMBAHYANG dan murid dikehendaki mencipta perkataan lain menggunakan huruf yang terdapat perkataan sembahyang itu...huh susah tu ..saya pun jenuh nak ajar anak saya..pas tu soalan matematik yang melibatkan pengiraan duit..tidak mengapalah saya doakan anak2 ni boleh jawab dengan baik. Lucunyana yang berdebar cikgu dan ibu bapa..tapi anak ok je macam tak ada apa2...

Sementara menunggu pelajar dari sekolah2 lain saya cuba perhatikan aktiviti PNP di sini mereka berbaris sebelum masuk kelas dan terdapat seorang murid mengetuai perbarisan mcm ketua umum je siap guna mikrophone lagi..bagus la boleh didik keyakinan tu..Lepas tu mereka pun berikrar ramai2 " AsHaduallailahaillah wa ashaduannamuhammadurrasulullah.". siap dengan terjemahannya lagi..terapan akidah yang sewajarnya kita tanamkan pada anak2..mereka juga memanjatkan doa2 yang telah mereka hafaz..

Selain itu, mereka mengucapkan rukun Islam dan rukun Iman..ada pula soalan daripada eja2 perkataan..ada murid 4 tahun dah boleh eja rambutan, sayang dan lain2 lagi..

Kalau saya perhatikan buku teks yang digunakan untuk PNP mereka kita memang puas hati antaranya Peribadi Muslim, Sains Sosial, Bahasa Inggeris, Matematik,Al-Quran dan Hadith..dan banyak lagi..

Sebagai ibu saya bersyukur dapat menemankan anak menjalani peperiksaan ..terima kasih pengetua benarkan saya keluar sebentar..sempat saya solatkan hajat dan berdoa selalu serta bacakan Surah Al-Fathehan dan Surah An-Insyirah tiupkan diubun2nya..selain itu saya arahkan anak melefon Cikgunya Puan Masroha ..." Cikgu doakan Mumtaz bole jawab ye .." banyak juga pesan Cikgunya..

Nampak takut juga Mumtaz ni jgn menangis mcm tahun lepas sudah la
 

Yakin ke tak ni...

Kawannye pun nak bergambar jg dari PASTI lain..

Perbarisan

Ni ketua Umum ..

Bersemangat


Seramai 11 orang murid 6 Tahun

Murid 5 Tahun

mereka pun ada buat analisa peperiksaan..
Apa pun keputusan anak saya, saya akan terima dengan penuh kesyukuran..semoga kejayaan yang dilakar oleh kakak2nya berulang sekali lagi. Rabbi Yassir wa La tu`assir..Ami Ya Rabbal Alamin..

 


Selasa, 30 Oktober 2012

Astghfirullah..sakitnya gigi
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang..

Hartini -Farah Nini Zainal
Kesian sahabat saya yang duduk di hadapan saya yang sedang menanggung sakit gigi..daripada semalam dia cuba bertahan. Alhamdulillah sempat juga doakan dia dan Siti Solihah ni agar disembuhkan sakit giginya semasa solat sunat dhuha tadi. Masih diberikan ketabahan meneruskan tugas dengan menghantar jubah konvo di SPBI Sabak Bernam. Sepatutnya saya ikut sekali tetapi disebabkan bertembung dengan jadual PBS saya dikecualikan..Allah..Allah Kau mudahkan segala urusan kami.

Siti Solihah Juriamin.
Saje semalam sms dia bertanya khabar..maklumlah dia nak dtg rumah masa Aidil Adha hari tu tapi dukacita saya tiada di rumah..paling sedih masa raya aidilfitri satu family dengan semua adik beradiknya datang rumah saya tapi saya tiada di rumah juga. Innalillah dia pun sakit gigi juga..lawak la sms semalam itu rahsia la tak mampu nak dicoretkan di sini malu..Dia ni memang sahabat saya yang baik dan hubungan kami tak pernah putus...Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Kau berikan.

Sebagai tanda simpati dan doa dari seorang sahabat saya ingin sarankan sahabat saya ni amalkan petua di bawah ini mg dgn izin Allah akan sembuh pas tu gi cabut gigi tu nanti sakit balik...

1.Baca Bismillah dan Surah Fathehah sebanyak mungkin.

2.Makan ubat tahan sakit.

3.Kalau tak hilang juga cuba tumbuk cengkih campur dengan air suam dan garam pas tu letak kat tempat yang sakit..guna kapas .kita akan rasa kebas2 sikit    (Alhamdulillah anak saya Farah saya buat mcm ni baik ).
 

4.Kalau ada rasa sakit sikit2..kumur ngan air garam. ini sesuai kalau kita makan manis tiba2 terasa gigi mula nak sakit.

5.Ha amalkan doa ni..sambil duduk ke, baring ke pegang tempat yang sakit..urut2kan dan mintalah dengan yakin pada Allah SWT ;


اَللَّهم أَذْهَبَ عَنهُ سُوْءَ مَا يَجِدُ وَفَحْشَهُ بِدَعْوَةِ نَبِيِّكَ الْمَكِينُ الْمُباَرَكَ عِنْدَكَ
"Ya Allah hilangkanlah darinya keburukan dan kekotoran apa yang dirasakan dengan pemintaan NabiMu yang mempunyai pengaruh dan diberkati di sisiMu"
-hadith Al-Baihaqi, dari Abdullah Bin Rawahah mengadu kepadanya bahawa dia sakit gigi. kemudian Rasulullah pun meletakkan tangannya yang mulia ke pipi Abdullah dan berdoa seperti di atas 7 kali. 
 
Doa ni saya ada amalkan dalam masa seminggu pastu Alhamdulillah saya dah boleh gi cabut gigi yang sakit tu..tu yang akak ada sarankan pada Tini gi Klinik Gigi Sungai Besar. Sekarang cabut gigi kat klinik kerajaan dah tak sakit kira sama je kalau kita gi klinik swasta boleh jimat duit sampai RM100 kalau cabut gigi yang bermasalah terutama gigi geraham..
Ok..Tini, Leha serta sahabat lain boleh lah cuba tips di atas...selamat beramal..


   

Subhanallah ..walhamdulillah..walailahaillallah..Allahuakbar

Siang 29/10/2012

Benar Allah Maha Mendengar..hari ini  bekas anak murid saya Muhd Alif Akram ada datang ke sekolah atas apa tujuan yang saya tidak ketahui..Assalamualaikum Ustazah..sapenya. Waalaikumussalam ..jawabku ringkas..belum sempat saya meneruskan bicara dia berkata  " Ustazah saya doakan Ustazah dapat pergi Mekah hujung tahun ni.."aku terkasima ..mana dia tahu ha .." Ya Allah kamu tahu yang Ustazah begitu merindui Masjidil Haram..terima kasih atas doa kamu moga menjadi satu kenyataan" .Tanpa bicara panjang saya meninggalkannya kerana perlu bergegas melaksanakan PBS Pendidikan Islam. 

Dalam hati terus berkata : anak muridku saja tahu akan keinginanku yang mungkin begitu sukar untuk ku capai apatah lagi Allah SWT Dia tentu lebih Tahu dan lebih Mendengar.Aku yakin padaMu ya Allah Kau akan kabulkan jua suatu hari nanti  dengan beberapa sedikit usaha yang saya lakukan. Aku akan terus berusaha dan berdoa dan terus berdoa..biar saya banyak minta dengan Allah SWT bukankah Dia Maha Kaya...Alif mungkin dia tahu melalui  entri saya Lambaian Kaabah 12.35  dan    Hari Ini Aku Menangis Lagi . 

Malam 30/10/2012
Masih setia dengan botol susu


Pukul 2.10pagi..
"Noor..Noor bangun telinga Hamka masuk binatang"Ibu mertua mengejutkan saya. "Innalillah ye ke mak". Macamana nak buat ni. Saya cuba buat tutup hidungnya, mulut dan telinga sebelah yang tidak di masuki binatang..selalunya cara ini berjaya saya lakukan..tetapi anak 4 tahun ni tak berdaya untuk menahan nafas..habis surah apa surah terlintas ku baca, selawat..tak juga berjaya. Tekad nak pergi Hospital..ibu mertuaku melarang kerana bahaya pergi sorang2 tanpa teman  tengah malam begini. Mak mencadangkan menefon Abang Ipar yang tidak jauh dari rumah untuk menemankan menghantar ke hospital..
Sekali lagi ku cuba baca Al-Fathehah anak mula tenang dan ku pujuk dengan berkata mak minta tolong dengan Allah kejap ye dik..adik diam2 ngan Embah..dia angguk..

Saya bergegas ambil wuduk dan solat Sunat Hajat dan Sunat Tahajud..yakin waktu ini Allah turun dan berada di langit dunia yang akan mengkabulkan doa hambaNya ..aku benar2 minta dimatikan ke binatang dalam telinga anak tu atau dikeluarkan dengan izinNya..

Selesai solat anak menghampiri saya.."ada lagi dik "..angguk dia dengan lemah"bergerak lagi ke?" .."haah"..ok mak masukan air dalam telinga adik ye boleh tak? boleh jawabnya.

Dengan lafaz Bismillah dan surah Al-Fathehah ..Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini Ya Allah..Ya Allah tolonglah saya tak nak susahkan orang tengah2 malam begini...
Sayu masukkan air sampai penuh ke telinganya dan nampak buih plup..plup..seperti ada pernafasan ..tidak lama kemudian anakku kata..Mak dah keluar Mak binatangnya..Alhamdulillah betul ke ni..betul Hamka dah selesa..

Ya Allah..Alhamdulillah sekali lagi Kau begitu Maha Mendengar Maha Pengasih...sebak hati..Allah menolongku benarlah Dia Penjaga kita terbaik..anakku tanpa ku suruh melafazkan " Terima kasih Allah tolong Hamka " ..subhanallah syukur anakku Yakin pada Mu..

Terus aku lakukan solat sunat syukur dengan linangan air mata..dan tertulislah entri ini.
Tambah sebak bila membaca entri terbaru daripada Madinah jom kita baca entri Prof. Dr. Kamil Ibrahim untuk pengubat rindu Haramaini ..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dan benarlah firmannya di dalam surah Al-Ikhlas ayat kedua yang bermaksud:" Allah lah tempat untuk kita mohon pertolongan..yakinlah Allah Maha Mendengar..

Isnin, 29 Oktober 2012

Assalamualaikum..entri kali ni nak berkongsi maklumat tentang peminjam tegar KPM seramai 407 orang yang terlibat..kalau kita dah kerja usaha la sikit2 utk membayar semula supaya rezeki yang kita dapat itu berkat..klik di sini kot2 nama kita ada :


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”Riwayat al-Baihaqi. 
Kalau nama kita ada tersenarai ..jadi kita wajib bertindak dengan membayarnya. 

Doa untuk mudah langsaikan hutang :
 
اَللَّهُمَّ اكْفِنَا بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal ( hingga aku terhindar ) drpd rezeki yang haram. Kayakanlah aku dgn anugerah Mu (hingga aku tidak minta) kepada selain Mu
(Riwayat al Tirmizi no.3563,Ahmad 1/153 drpd Alir.a) Rujukan buku doa Tulisan Dr.Hj. Zahazan Muhamed.








Ahad, 28 Oktober 2012

Assalamualaikum..
  
Terima kasih ciklaili yang telah menempah kek Sifon Pandan Blueberry pada saya sempena sambutan Hari Raya Idul Adha. Ada ambil gambar tapi panjang pula ceritanya nak diupload kat sini tapi tak tak dapat so guna gambar lain la yang orang lain tempah..mungkin Cik Laili ada ambil gambar kek yang tak berapa comel tu pun..harap2 sedap la ye..disebabkan Cik Laili ni cikgu blog saya maka saya telah lebihkan gram kek ni dan beri dia diskaun pada kek yang ditempah sebanyak 2 biji 1 kek ini dan 1 kek coklat

Mai sini..sapa yang nak buat sendiri ini resepinya :

KEK SIFON PANDAN BLUEBERRY
Sempena Hari Jadi Atira adik Cikgu Shida


Untuk Ibu Cikgu Atiqah
BAHAN A

7 Biji putih telur gred B
150gm gula custer
1/4 sudu teh cream of tartar

Pukul guna kelajuan yang tinggi putih telur sehingga agak gebu dan masukkan gula dan cream of tartar. Pukul seketika. Pada bekas berlainan sediakan bahan B

BAHAN B

7 biji kuning telur
150gm gula custer
240 gram tepung kek
1/2 sudu makan baking powder
100gm santan kotak
100gm air
55gm minyak masak
satu sudu teh pewarna hijau dan perasa pandan

- Pukul telur dan gula hingga gebu.Masukkan santan, air,minyak,pewarna dan perisa. Kemudian ayak tepung dan baking powder. Putar hingga halus dan campurkan bahan A & B.
- Letak pada loyang yang tidak perlu digris dengan apa2 untuk mengelakkan kek tak jadi.
-Panaskan oven pada suhu 180 darjah dan bakar selama 45 min..
-Lepas masak terus sahaja terbalikkan loyang agar kek tidak turun .

BAHAN C
Blueberry untuk letak ditengah kek setelah kek dibelah 2.
utk cream :
75gm mentega
175gm krimwell
90gm susu pekat manis
2 sudu makan gula icing

- Pukul mentega dan creamwell selama 10 monit guna kelajuan tinggi. Masukkha susu dan gula icing pukul sebati. Kemudian hiaslah ikut kreativiti anda.

Bagi sesiapa yang ada terlibat dengan perniagaan kecil2 mcm saya ni apakata kita buat sedekah sikit paling mudah kalau kek tu harga Rm 40 kita ambil RM 38 je,,em hasilnya kasih akan terjalin antara kita sebagai penjual dan pelanggan sebagai pembeli..

Ok jumpa lagi..nak siap2 gi jobos atau rewang kenduri kahwin jiran..Ma`as salamah wa ilalliqa`





Innalillahi wa inna ilaihi rajiun ...
Ketika  ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantu. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"
Hati sayu mengenangkan sahabat baik dahulu memberi message rasa hidup tak tenang sekarang ...diuji dengan masalah kesihatan dan keluarga yang baru dibina.. Messagenya hanya ku balas beberapa kali  dan bila dah rasa sedih tak sampai hati nak membalasnya..pernah dek kerana tertekan dia menefon ku pukul 2.30 pagi.Ya Allah berilah kekuatan pada sahabatku ini..cuma saya ingin meluahkan sedikit pada sahabat saya ini ..

Apabila kita tidak tenang pelbagai masalah akan timbul dalam diri kita.Bagi merawat diri daripada sifat tidak tenang bukan perkara yang susah sebenarnya .. amalan Fardu Ain wajib kita laksanakan dan cuba buat ibadah sunat yang ringan2 je dulu kalau kita jarang buat. Saya sarankan kuatkan semangat..rajin diri..paksa juga buat..sikit2 je dulu tapi tetap buat.. seperti 

From Google image
1. Rajinkan diri baca Quran. Satu hari satu muka surat pun jadilah sebagai satu latihan kalau kira jenis orang yang jarang baca. Membaca Al-quran kita secara langsung adalah ahli yang like pada Allah SWT mcm kita like kat FB tu..mula2 baca sekali 2 memang tak rasa apa2 tapi percayalah lama2 Allah akan beri kita rasa satu mcm nikmat yg susah kita nak ungkapkan..Rasullullah ada bersabda orang menjadi ahli Allah ni ialah orang yang menghafaz Al-Quran,membaca Al-Quran dan mengamalkan Al-Quran.

2. Zikirlah Astagfirullahalazim...La ilahaillallah...Selawat ke atas Nabi buat semuanya dalam jumlah 100x setiap hari..bukan lama pun sahabat2 sekalian ..tak sampai 15 minit siap..kalau dah biasa buat 6 minit siap..buat secara berterusan jgn sekali 2 je..lama2 kita akan dapat nikmatnya seperti kita baca Quran tadi. Cara mudah nak berzikir ni letaklah tasbih di kereta sambil mandu kita boleh baca, letak kat tempat tidur..insyaAllah Allah akan bantu kita bukankah selangkah kita dekat pada Allah 10 langkah Allah akan dekat lagi pada kita..

3. Solat Dhuha. Buatlah 2 rakaat setiap pagi..Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan." Luaskan makna rezeki tu bukan duit semata2..tetapi rezeki tenang dan sihat yang kita mahu..mula2 buat memang rasa malu,rasa riyak pun ada kadang2 tu Astaghfirullah..tapi percayalah lama2 perasaan itu hilang dan kita dapat lakukan seperti melakukan solat wajib..paling bahagia kita buat tu dah dapat niatkan buat bukan kerana mengharapkan rezeki tetapi buat hanya semata2 kerana Allah SWT.

4.Doa.Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup kita . Doa adalah senjata kita. Allah yang suruh kita minta dengan Dia..jadi kenapa kita tak minta sungguh2..waktu hujan lebat, waktu dengar ayam berkokok ,lepas solat..tu adalah waktu doa makbul..
Kita kena minta banyak dengan Allah dan kena beri banyak pada manusia.Mengadulah..merayulah dan menangislah padaNya..sesungguhnya Allah sentiasa merindui kita supaya kita bermohon padaNya..itu sebabnya kita diuji..

Cukup rasanya utk kali ini ..sebagai modul latihan mudah untuk kita rawat diri supaya kita memperoleh ketenangan..saya mengajak diri dan semua sahabat serta pembaca entri ini amalkanlah 4 perkara mudah di atas. Janji   Allah itu benar yakinlah..lakukanlah setiap hari pasti diri akan bersabar bila diuji dan bersyukur bila diberi nikmat.
Saya bukanlah orang yang terbaik kita sama2 memperbaiki diri, berkongsi pengalaman dan saling berpesan-pesanan..Selamat beramal semuanya terletak pada diri kita dah dapat ilmu amalkan pasti akan merasai kemanisan amal yang dinamakan iman..wallahutaala a`lam..

Jumaat, 26 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Catatan : 25/10/2012

Alhamdulillah segala puji bagi Allah bagi peluang pada saya kali untuk bermalam sebelum raya di rumah ibu saya sendiri. Selama  dalam tempoh perkahwinan 2001-2010 hatta setelah suami meninggal selama 3 tahun 2010-2012 tak pernah dapat beraya dengan ibu sendiri di malam raya. Awal perkahwinan lagi arwah suami dah kata yang kami akan menjaga ibunya dan duduk satu rumah. Menyedari bahawa tanggungjawab anak lelaki pada ibunya adalah sampai hujung usia suami maka saya akur sebagai tanda ketaatan padanya. Alhamdulillah walau suami sudah meninggal kami masih tetap bersama.
 Maafnya ye mak( ibu mertua ) kali ni saya memang betul-betul teringin nak raya kat rumah mak saya...Sedih  juga mengenangkan Ibu mertua saya di kala ini dia berdua sahaja di rumah dengan cucunya yang bersekolah di Perak. Tadi pun kakak ipar tepon tanya nape mak tak nak pergi rumah kita orang..jawapan saya ringkas je ..tak tahu ..hati orang tua sukar utk kita selami..nak tahu tunggu la kita tua nanti jika di izinkan Allah
Bonda mertua yang beram tudung hitam Hajah Hasaton.

Bahagia di Kampung Bukit Kuching dapat kumpul adik beradik dan anak=anak saudara. Alhamdulillah sempat juga buat kek coklat.
Didoakan agar semua pembaca blog ini sentiasa berbahagia...jika bahagia yang kita impikan..maka bahagiakanlah orang lain.

Catatan : 26/10/2012
Pagi raya teringat dgn Mak Mertua jadi ringankan tangan menelefonnya..baru bagi salam dah dengar esakan sedih dan tangisan kecil. Mak apa khabar? Aku bertanya. Mak demam ni..Allah ..sedihnya hati mengetahui Ibu mertua ku tak sihat.
Baiklah mak petang atau malam nanti saya balik..dah mak jangan sedih2 ye.


Tidak berapa lama kemudian dimaklumkan oleh anak saudara melalui telefon yang mak mertua saya dalam keadaan sihat dan sedang sibuk merebus ketupat segera dan masak ayam..katanya ada anaknya yang nak pulang ke kampung..walaupun terasa musykil..biarlah ..aku ingin terus berbakti selagi aku mampu berbuat begitu..bukankah dia ibuku jua..

11.00 Mlm..sampai di rumah..Mak macamana mak dah sihat belum...ringkas je jawapannya ..ha ah dah sihat..dalam hati berkata: mak ..mak..terlalu sayang mak pada kami ye kalau boleh nak kami ni kat rumah je jangan ke mana2..

Akhir penulisan: kalau kita ingin disayangi maka kita perlu menyayangi terlebih dahulu..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim