Isnin, 10 September 2012

 1:45 PTG         No comments

Ustazah Jatuh Cinta...
Alhamdulillah syukur  pada Allah yg mmberikan rasa cinta pada hambaNYa. Selawat dan salam buat Nabi  Muhammad dan ahli keluarga baginda.
Indahnya cinta satu kurniaan Allah yang perlu diurus agar kita tidak tersasar daripada landasan Al-Quran dan As-Sunnah.
Sebenarnya pada entry saya kali  ini ingin berkongsi dengan pembaca yang dirahmati Allah tentang diri ustazah yang jatuh cinta pada biji-biji tasbih..entah kenapa sebelum ini tidak merasakan pun bahawa ia sesuatu yang ..malu untuk dinyatakan. Alhamdulillah Ya Allah akhirnya Kau berikan aku rasa cinta pada tasbih yang digunakan untuk beristighfar,bertahmid, bertasbih sehingga  berjaya menitiskan air mata. Kita memerlukan tasbih sebagai satu alat di mana apabila ternampak atau memegangnya..ia menghasilkan ingatan dan terus bertindak untuk memuji Allah SWT.
Memang benar selama ini kita banyak tahu ( berilmu ) tentang kelebihan mengingati  ( ZIKIR ) Allah SWT, tetapi apabila untuk manaiki tahap amal begitu sulit untuk dilaksanakan yang kesannya kita tidak dapat merasakan kemanisan mengingati  Allah. Ringkasnya ILMU+AMAL=IMAN. Ya Allah semoga Kau ampunkan segala kesilapan kami Ya Allah.
Apabila diri membaca Kitab suci Al-Quran Surah Ar-Ra`d ayat 28 yang bermaksud : "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Hati berbisik “ aku menyakini sebenar2nya ayat ini dan aku perlu beramal”. Alhamdulillah memang benar apabila kita sentiasa mengingati Allah tidak kira di mana kita berada dlm kereta, memasuki pasar, gedung membeli belah, ke tepi laut apatah lagi, memandang ke langit... subhanallah satu nikmat yang sukar diungkapkan dengan kata2...
Rasulullah SAW bersabda bahawa terdapat 2 amalan yang jika seseorang Islam mengambil berat terhadap kedua-dua amalan tersebut nescaya dia akan memasuki syurga. Kedua-dua amalan adalah sangat ringan tetapi sangat sedikit orang yang beramal dengannya.
Pertama ialah membaca `Subhanallah’, `Alhamdulillah’ dan Allahuakbar sebanyak 10 kali selepas setiap solat fardu, maka jumlah bagi lima waktu solat ialah 150. Oleh kerana ganjaran pahala digandakan 10 kali ganda maka jumlah pahala yang yang tercatat dalam buku catatan amalan ialah 1,500 pahala.
Amalan yang kedua ialah membaca `Subhanallah’ 33 kali, `Alhamdulillah’  33 kali dan `Allahuakbar’ 34 sebelum tidur. Maka jumlahnya menjadi 100 dan ganjaran pahala yang akan diperoleh ialah 1,000.
Seorang sahabat bertanya kepada Rasullullah SAW “ Wahai Rasullullah, mengapa sangat sedikit orang yang beramal dengan kedua-dua amalan tersebut sedangkan amalan itu sangat mudah?” Baginda bersabda; “ Ketika waktu hendak tidur, syaitan menidurkan seseorang itu sebelum dia sempat membaca kalimah-kalimah tersebut. Setelah mengerjakan solat maka syaitan memperingatkan kepadanya sesuatu yang menyebabkan dia bangun dan pergi sebelum sempat membaca tasbih tersebut.”
Marilah sama2 kita melaksanakan amalan yang mudah, ringkas tetapi berbaloi untuk hati dan pasti sebagai bekalan untuk di akhirat kelak.
Paling mudah sebagai tips bawalah,keleklah untaian tasbih ke tilam empuk kita sebelum tidur berbanding mengutamakan membawa telefon bimbit dan letakkan jg d.  Jgn lupa jg letak di tempat solat kita,di dlm kenderaan sambil memandu pujilah,beristighfarlah pada Allah SWT....Ustazah benar2 jatuh cinta. Jangan lah dan ustazah pohon padaMu ya Allah agar nikmat cinta ini berkekalan serta janganlah Kau palingkan hati ini setelah Kau berikan hidayah...Berilah nikmat cinta ini pada seluruh keluarga, sahabat,anak murid, muslimin dan muslimat Ya Allah yang Maha Memberi....
Semoga Allah SWT melindungi diri daripada sifat sombong,angkuh,riyak dan takabbur..menulis semata-mata kerana Mu...semata-mata keranaMu Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.



0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim