Khamis, 13 September 2012

 4:00 PTG      No comments



Astaghfirullah.... Subhanallah.... Ya Allah Ampunilah kesilapan kami berilah kami kekuatan untuk menjadi orang yang baik..bantulah kami Ya Allah kami merayu padaMu....

Hati tersentak apabila diterjah dengan soalan bagaimana untuk mengelakkan ketagihan seperti menonton video lucah, beronani, bercouple sebelum berkahwin dan mcm2 lg cerita. Pengalaman segelintir anak murid dan masyarakat sama ada yang belum atau yang sudah berumahtangga begitu mengejutkan dan menakutkan. Akibat yang paling menyedihkan pelajaran terganggu dan hubungan suami isteri menjadi goyah..apa usaha kita.

Untuk perkongsian ilmu berkaitan persoalan ini sila klik 
http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/282-hukum-onani-lelaki-a-wanita.html#comments

Pernah saya menyarankan kepada seorang kenalan, dia tahu apa yang dilakukan itu merupakan satu dosa dan bertentangan dengan hukum Allah, tetapi nafsu tidak mampu mengawal keinginan tersebut.

Saranan saya :

1.    Ketika teringin untuk melakukan maksiat , teringat akan benda berkaitan zina, beronani atau terlalu rindu dengan kekasih lantaran menunggu telefon yang atau sms yg tdk kunjung tiba ambillah jalan penyelesaian dengan berwuduk dan bacalah ayat suci al-quran surah Yusof. Selepas itu berdoalah pada Allah SWT agar diberi kekuatan diri daripada melakukan perkara2 maksiat tersebut.

2.    Jangan duduk bersendirian yang membawa kepada onani. Jangan duduk seorang diri melayan perasaan. Kalau teringat juga ambil tasbih istighfar sebanyak mungkin.

3.    Amalkan surah Al-Furqan untuk menjadikan diri bertambah bertaqwa dan moga menemui pasangan yang baik.

4.    Amalkan selawat ke atas Nabi dan surah Al-Insyirah untuk ketenangan dan ketenteraman hati. Buatlah bila-bila sahaja dan di mana sahaja.

5.    Hadiahkan Al-Fatehah sebanyak2nya pada diri sendiri. Yakin pada surah Al fatihah adalah ubat segala penyakit. Bacalah surah ini dengan diniatkan dan doa kepada Allah SWT sembuhkan penyakit kita daripada ketagihan dan nafsu jahat.

6.    Amalkan doa ini :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمن الرَّحِيمِ . بِسْمِ اللهِ الشَّافِيْ, بِسْمِ اللهِ الْكَافِيْ  بِسْمِ اللهِ الْمُعَافِيْ , بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلاَ فِي السّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمِ.            

Maksudnya : Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan nama Allah yang Maha Menyembuh, dengan nama Allah Maha Memelihara , dengan nama Allah yang Memberi Perlindungan( drpd sgl yg buruk ), dengan nama Allah, yang dengan namaNya akan terhalang segala sesuatu di bumi dan di langit untuk menimpakan bencana dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui.

Alhamdulillah saya bersyukur sangat pada Allah SWT akhirnya hamba Allah yang mengamalkan saranan di atas telah berjaya mengawal diri daripada perlakuan yang dilarang oleh Allah SWT.Dia hanya mengamalkan saranan ke-5 dan ke-6 sahaja. Subhanallah saya terharu dan memang benarlah rahmat Allah melalui doa dan usaha yang mudah, tidak memerlukan modal sekadar berazam dan mahu jadi baik telah diperkenankan Allah SWT....

Ayuh berusahalah dan berdoalah agar menjadi insan yang sentiasa bertaubat dan berdoa, bergantung harap pada Allah SWT...

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim