Selasa, 25 September 2012

 8:26 PG         No comments

PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF AMBILAN TAHUN 2013

Assalamualaikum... semoga Allah SWT sentiasa merahmati,mengampuni,memberi hidayah dan mengurniakan rezeki yang baik kepada kita.

Alhamdulillah  Permohonan bagi mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mode Latihan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Tahun 2013 telah diumumkan oleh KPM. Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan hal ini anda bolehlah merujuk 

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2012/1348220619.pdf



1.Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2012 (Rabu) jam 9.00 pagi.
2. Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 26 September 2012 (Rabu) dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
5.Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran dalam borang e-permohonan. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang BERJAYA dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

Tazkirah Ustazah Ain.Com ; Jika anda benar-benar berminat mohonlah dan niatkan kerana Allah SWT. melalui pengalaman diri dan semoga Allah melindungi drpd sifat riyak dan takabbur . Alhamdulillah dengan keberkatan kita belajar dan mengajarkan Al-Quran hidup kita terasa bahagia memang benarlah hadith Rasullullah yang bermaksud " Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar dan mengajarkan Al-Quran". Terasa setiap doa kita dimakbulkan, apabila kita diberi ujian kesenangan dapat menghadapi dengan kesyukuran dan menghadapi ujian kesusahan dengan penuh kesabaran...dan banyak lagi nikmat yang tdk terhitung apabila kita sentiasa terlibat dengan Al-Quran....Rebutlah peluang ini...

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim