Subhanallah..
Alhamdulillah...
Allahu Akbar...
Saat asyik nyenyak di buai mimpi beralaskan
tilam empuk, bilik yang dingin dan suram tanpa cahaya, kita terbangun
tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Em.. masih malam lagi
hati berbisik sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam
sekadar mendapatkan satu kepastian. “ Oh, baru pukul 3 pagi .”
Dalam situasi seperti di atas, apa yang akan
kita lakukan? Di sini kita mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman kita buatlah
pilihan yang bijak.
Pilihan
Pertama :
Apa lagi tarik selimut semula dan menyambung
semula episod kedua mimpi yang tergantung sekerat jalan. Malah bukan itu sahaja
ditambah dengan omelan “ kenapa aku ni awal sangat terjaga ‘’ . Terzair
sesebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.
Pililhan Kedua :
“ Alhamdulillah baru pukul 3 pagi. Waktu macam
ni doa makbul. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan
seluruh mukminin dan mukminat. Jadikanlah aku seorang yang sentiasa bersyukur,
bersemangat serta kurniakanlah aku kebahagiaan dunia akhirat.” Kemudian apa
lagi sambung semula tidur zzzzzzz.
Pilihan ketiga :
Seusai menyedari dah pukul 3, ucapan ringkas
kesyukuran Alhamdulillah dan segera bangun untuk solat tahajjud. Sembahlah Allah di saat mata-mata insan lain
terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih
kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah.
Satu hadith yang direkodkan oleh Al-Bukhari dan
Muslim yang bermaksud;
“ Allah SWT turun ke langit dunia sepertiga waktu malam masih tersisa, Allah menyeru : Adakah di antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya Aku mengabulkan permintaannya? Adakah di antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya aku mengampuninya? Adakah di antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya aku memenuhinya.”
Inilah masanya kita memohon jutaan keampuanan
atas segala kesilapan yang kita lakukan saban hari tanpa disedari mengabaikan
perintah Allah atau melukakan hati insan lain, meluahkan isi hati memohon
keperluan megikut kesesuaian diri mudah menjawab periksa, mudah bersalin,
anak dan anak murid mendengar kata,
memancing ikan dapat hasil yang lumayan, dapat keputusan periksa , temuduga,
naik pangkat, nak pindah sekolah, minta disembuhkan penyakit, ditetapkan iman
dan sebagainya,....inilah saatnya..
Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang
merupakan kurniaan Allah. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga,
sebenarnya Allah menunggu untuk memaqbulkan sebarang permintaan malam tersebut.
Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita pada
malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga
saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. Tetapi alangkah baiknya
andai tahajjud dapat ditunai...
Tiada ulasan:
Catat Komen