Segala puji bg Allah yang telah menurunkan Al-Quran kalam yang terbaik
untuk kita. Tidak lupa juga selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW pembawa
cahaya dan petunjuk untuk menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat dengan
mendapat keredhaan Allah SWT.
Jawab dengan jujur bila kali terakhir kita membaca Al-Quran? Tidak
termasuk bacaan al-quran dalam solat. Maksudnya kita benar-benar peruntukkan
waktu khusus untuk membaca Al-Quran setiap hari. Jika sudah ada syukur Alhamdulillah. Jika belum, adalah
penting untuk kita merencanakan waktu khas
untuk membaca Al-quran setiap hari.
Aku Tidak Lancar Membacanya Tetapi Nabi Memujuk...
Aisyah r.a meriwayatkan bhw Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Seseorang yang ahli dalam al-quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al-quran dengan tesekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran. ( Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmizi dan Ibn Majah ).
Subhanallah
adilnya Allah SWT dalam melayani tahap kebolehan hambaNya dalam membaca
Al-Quran...so mulai hari ini kita mesti baca Al-quran tak kira kita baca lancar
atau terangkak-rangkak.
Hadiah
untuk ibubapa.....
Mu`az
Al-Johari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung di dalamnya maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkan bagaimana pula keadaan dirinya sendiri beramal dengan Al-Quran? ( Riwayat Ahmad dan Abu Dawud )
Aku
Miskin Tapi Boleh Bersedekah
Uqbah bin Amir
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bersabda:
Seseorang yang membaca Al-Quran dengan bersuara adalah seumpama seseorang yang memberi sedekah secara terang-terang dan seorang yang membaca Al-Quran secara senyap-senyap adalah seumpama bersedekah secara sembunyi.( Riwayat Tirmizi, Abu Dawud, Nasa`i dan Hakim )
Subhanallah...Maha Pemurahnya Allah SWT..rugi jika jika kita
tidak merebut peluang yang dijanjikan oleh Allah dn RasulNya.Janji Allah SWT
sentiasa benar....
Masa
untuk Bertindak....
-Jom Kita search surah tertentu dalam internet ni dan baca
sekejap..
-Sebagai Ibu
bapa apabila kita menginginkan anak supaya minat dan kekal dalam pembacaan
Al-Quran kita wajib membacanya juga
setiap hari....pasti hasilnya rumahtangga bahagia disinari kerahmatan dan
kebahagiaan.
-Semoga
Allah SWT sentiasa memberikan kekuatan,ketabahan,keasyikan dalam kehidupan kita
untuk tenggelam dalam menikmati kemanisan hidup bersama Al-Quran...
0 comments:
Catat Ulasan