Ahad, 30 September 2012

 11:47 PG      3 comments
Alhmdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang yang menguasai hari Pembalasan..tidak lupa juga selawat dan salam buat Nabi Muhammad pembawa cahaya ke seluruh alam...

7 FEB 2010 ( Arwah Suami -Saiful Bahari )
Al- Fathehah..Ya Allah Kau ampunilah ia, rahmatilah ia dan kasihanilah ia..golongkan ia dikalangan orang2 yg beriman
 Seawal jam 4.00 am mata sudah tidak boleh lelap lg mengenangkan suami yang berada dihospital. Lantas persiapan utk mnziarahinya diatur. Siap dgn bubur nasi..anak2 di rumah disiapkan dgn makann yang sepatutnya..baju siap ku basuh dan ku sidai..lega rumah sudah ku kemas rapi dgn kerusi semua dirapatkan kedinding entah kenapa daripada petang semalam hati trgerak utk mengubah kedudukan sofa ke tepi dinding siap dgn lantai pun di mop...

Anak2 trpaksa ku tinggal utk pergi ke hospital memandangkan mrk masih kecil pasti pihak hospital tdk mmbenarkan mereka melawat pada luar waktu lawatan  sementelah bapa mereka hanya demam biasa shj dimaklumkan bgt oleh pihak hospital..

Sekitar jam 8.30am :dah alhamdulillah bekal dah siap dan nak bertolak ke Hospital Tlk IntanTelefon ibu mertua berbunyi diangkat oleh kak Ipar (k.om)..Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...Riuh dgn tangisan dimaklumkan bahawa suamiku telah dijemput kembali ke Rahmatullah. Bila diimbas kembali syukur pada Allah SWT yg mengurniakan ketabahan kpd diri ini utk mnghadapi saat itu yg tdk disangka2..kami ditinggalkan dgn ank2 yg masih kecil...Yakin Allah SWT ada dan pasti Ia akan mmbantu...

Jazakumullahu khairan kathira pada keluarga, sahabat handai yang tidak putus2 membantu..Didoakan semoga Arwah suami SAIFUL BAHARI BIN ABDULLAH dirahmati,diampuni dan ditempatkan dikalangan org2 yg briman.

27 OGOS 2012 ( Arwah ibu Syafa- Siti Asa Sukaro )


Moga adik akak seceria ini walau ibu tiada lg di sisi
Dpt sms " kak ..mak sy kritikal saat ini, die kene strok.minta doakn keselamatan dia...tq.." Ya Allah kasihannya Syafa..pasti dia panasaran waktu ini. Menatap wajah ibu menahan kesakitan yang amat sangat...
Lantas ku telefon kembali tanpa mmbalas sms sbgai tanda kt benar2 simpati dan memahami situasinya. " Sabar ye syafa..doakan ibu akak doakan dari jauh"

Tepat jam 11.00 malam telefon brbunyi tertera nama SYAFA. Hati berdebar.. adakah?  ku angkat dan tanpa bicara seperti sudah mengetahui apa yang berlaku kami menangis bersama2...." Kak ..Mak dah meninggal magrib tadi.." Allah..Allah..Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...hanya mampu mengucapkan takziah dan berpesan jangn bersedih hadapi dgn tenang dan doakn ibu sayang....

Alhamdulillah sempat ziarah walau tak tahu rumah dan jalan untuk ke rumahnya..hadiahkan bacaan Yassin dan tahlil .Semua urusan ku dibantu dgn mudah oleh Allah SWT...kami ikhlas bersahabat...

28 SEPTEMBER 2012 ( Arwah Embah Esah )

Kelam kabut bersiap utk program bersama warga emas Kampung Banting ke Resout Seaview Sg. Sembilang.Melalui surat tertera tepat jam 3.00 ptg brkumpul di perkarangan masjid Al-Fitrah Kg. Banting. Terlelap sementara alamk telefon bunyi mesti kak shima dah tunggu...bagi salam dan bagitahu.".ye..ye kitaorg dah siap.Tunggu jap ye"..."eii nanti dulu.. nak bagitau ni tak jadi pergi petang ni,sebab Embah Esah baru je meninggal ni" Allah..ALLAH..Innalillahi wa inna ilahi raji`un,,,,ye sebagai tanda penghormatan tidak patut AJK Masjid meneruskan program ini..

Anak2 sukar menerima pembatalan program ini memandangkan tinggal start kereta je..ku pujuk mereka dengan menerangkan mak bersyukur hari ini anak2 mak dpt belajar satu perkara di mana inilah..kita hanya mampu merancang tetapi Allah SWT jugalah yang menentukan...

Pergi ziarah jenazah..rezeki Embah Esah meninggal hari Jumaat. semoga Allah merahmati dan mengampuninya..sempat hadiahkan bacaan Yassin dan Tahlil...dan balik Kampung utk pujuk anak2 yang agak kecewa..

29 SEPTEMBER 2012 ( Arwah bapa Ustzh Rossuhailah- Md Nor )

Pergi market beli lauk pauk..nak buat laksa. Malas nak bawa telefon yg dah kehabisan bateri..baik cas dulu.. On kan telefon dan trdengarlah lagu Maher Zain '" InsyaAllah..Insya Allah.. menandakan ada sms. Emmm dari kak Su ( Ustazah Rossuhailah ) : " Salam Ain.. Abah aku meninggal mlm td accdnt kat dpn umah kg. Jenazah tgh kat hospital tggu postmoterm pg ni. Tolong aku ayat atau surah apa patut bace ye bg bantu.Hanya baca Yassin dan tahlil utk hadiah pad arwah abah..skrg km kat rumah je ..jam 2 td br blk dr hospital. Pg nnti lps poat mortem terus mandi kat hospt .Zohor baru kebumi."

Allah..Allah..Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..benarlah Janji Mu..apabila kematian itu datang tidak akan tercepat dan tidak akan terlewat...sayu..sedih..terkilan..baru semalam kami berbual mesra di Surau As-Syafii bincang pasal bahagia mendidik anak dan mcm lg...

Tekad telefon banding balas sms...terdengar sedu menahan sebak..sian kak Su pasti dia tdk menyangka abahnya sihat walafiat tetapi kini tiada lagi... Sabar kak..doakan abah..bacakan surah Al-Ikhlas..Al-Fathehah insya Allah sampai dan boleh bantu arwah...terima kasih Ain..tdk byk yg boleh dibicarakan memandangkan jenazah mahu dikebumikan...

InsyaAllah aku akan ziarah hari ini..sebagai tanda simpati dan silaturrahim..

Refleksi :

1. Sedar kematian akan datang tanpa diduga...
2. Perlu beristighfar setiap hari ( 100x atau 70x )..
3. Kematian orang tersayang jadikan ikhtibar dan peluang untuk dekat dengan Allah SWT..
4. Doakan..dan terus doakan diri agar meninggal dunia dlm keadaan beriman..doakan mereka dan hadiahkan mereka yang telah meninggalkan kita dengan bacaan Al-quran yang kita baca setiap hari...
5. Sentiasa bersedia menghadapi kematian...dgn melakukan amal kebaikan, sebarkan ilmu beramal jariah semata2 kerana Allah SWT..






3 ulasan:

  1. blogger + advertiser = money + happy check out www.nufftag.com

    BalasPadam
  2. Time kasih kerana menitipkan kisah syafa dlm blog akk... Mmg janji Allah itu tidak awal sesaat maupun lambat sesaat pasti dtg.... Diharapkan agar semua roh2 org mukmin diberkati dan diredhai Allah dan sama2 ditempatkan dikalangan org2 yg beriman... Kepada yg hidup, dugaan Allah dtg kerana kasih syangnya,,, ingatlah, cukup hanya Allah bagiku..... Sebagai penolong dan tempat mengadu...

    BalasPadam
  3. Whats up! I just want to give a huge thumbs up for the nice info you might have right here on this post.
    I will likely be coming back to your weblog for extra soon.


    My page seminole county clerk of court traffic division

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim