Ahad, 30 September 2012

Alhmdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang yang menguasai hari Pembalasan..tidak lupa juga selawat dan salam buat Nabi Muhammad pembawa cahaya ke seluruh alam...

7 FEB 2010 ( Arwah Suami -Saiful Bahari )
Al- Fathehah..Ya Allah Kau ampunilah ia, rahmatilah ia dan kasihanilah ia..golongkan ia dikalangan orang2 yg beriman
 Seawal jam 4.00 am mata sudah tidak boleh lelap lg mengenangkan suami yang berada dihospital. Lantas persiapan utk mnziarahinya diatur. Siap dgn bubur nasi..anak2 di rumah disiapkan dgn makann yang sepatutnya..baju siap ku basuh dan ku sidai..lega rumah sudah ku kemas rapi dgn kerusi semua dirapatkan kedinding entah kenapa daripada petang semalam hati trgerak utk mengubah kedudukan sofa ke tepi dinding siap dgn lantai pun di mop...

Anak2 trpaksa ku tinggal utk pergi ke hospital memandangkan mrk masih kecil pasti pihak hospital tdk mmbenarkan mereka melawat pada luar waktu lawatan  sementelah bapa mereka hanya demam biasa shj dimaklumkan bgt oleh pihak hospital..

Sekitar jam 8.30am :dah alhamdulillah bekal dah siap dan nak bertolak ke Hospital Tlk IntanTelefon ibu mertua berbunyi diangkat oleh kak Ipar (k.om)..Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...Riuh dgn tangisan dimaklumkan bahawa suamiku telah dijemput kembali ke Rahmatullah. Bila diimbas kembali syukur pada Allah SWT yg mengurniakan ketabahan kpd diri ini utk mnghadapi saat itu yg tdk disangka2..kami ditinggalkan dgn ank2 yg masih kecil...Yakin Allah SWT ada dan pasti Ia akan mmbantu...

Jazakumullahu khairan kathira pada keluarga, sahabat handai yang tidak putus2 membantu..Didoakan semoga Arwah suami SAIFUL BAHARI BIN ABDULLAH dirahmati,diampuni dan ditempatkan dikalangan org2 yg briman.

27 OGOS 2012 ( Arwah ibu Syafa- Siti Asa Sukaro )


Moga adik akak seceria ini walau ibu tiada lg di sisi
Dpt sms " kak ..mak sy kritikal saat ini, die kene strok.minta doakn keselamatan dia...tq.." Ya Allah kasihannya Syafa..pasti dia panasaran waktu ini. Menatap wajah ibu menahan kesakitan yang amat sangat...
Lantas ku telefon kembali tanpa mmbalas sms sbgai tanda kt benar2 simpati dan memahami situasinya. " Sabar ye syafa..doakan ibu akak doakan dari jauh"

Tepat jam 11.00 malam telefon brbunyi tertera nama SYAFA. Hati berdebar.. adakah?  ku angkat dan tanpa bicara seperti sudah mengetahui apa yang berlaku kami menangis bersama2...." Kak ..Mak dah meninggal magrib tadi.." Allah..Allah..Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...hanya mampu mengucapkan takziah dan berpesan jangn bersedih hadapi dgn tenang dan doakn ibu sayang....

Alhamdulillah sempat ziarah walau tak tahu rumah dan jalan untuk ke rumahnya..hadiahkan bacaan Yassin dan tahlil .Semua urusan ku dibantu dgn mudah oleh Allah SWT...kami ikhlas bersahabat...

28 SEPTEMBER 2012 ( Arwah Embah Esah )

Kelam kabut bersiap utk program bersama warga emas Kampung Banting ke Resout Seaview Sg. Sembilang.Melalui surat tertera tepat jam 3.00 ptg brkumpul di perkarangan masjid Al-Fitrah Kg. Banting. Terlelap sementara alamk telefon bunyi mesti kak shima dah tunggu...bagi salam dan bagitahu.".ye..ye kitaorg dah siap.Tunggu jap ye"..."eii nanti dulu.. nak bagitau ni tak jadi pergi petang ni,sebab Embah Esah baru je meninggal ni" Allah..ALLAH..Innalillahi wa inna ilahi raji`un,,,,ye sebagai tanda penghormatan tidak patut AJK Masjid meneruskan program ini..

Anak2 sukar menerima pembatalan program ini memandangkan tinggal start kereta je..ku pujuk mereka dengan menerangkan mak bersyukur hari ini anak2 mak dpt belajar satu perkara di mana inilah..kita hanya mampu merancang tetapi Allah SWT jugalah yang menentukan...

Pergi ziarah jenazah..rezeki Embah Esah meninggal hari Jumaat. semoga Allah merahmati dan mengampuninya..sempat hadiahkan bacaan Yassin dan Tahlil...dan balik Kampung utk pujuk anak2 yang agak kecewa..

29 SEPTEMBER 2012 ( Arwah bapa Ustzh Rossuhailah- Md Nor )

Pergi market beli lauk pauk..nak buat laksa. Malas nak bawa telefon yg dah kehabisan bateri..baik cas dulu.. On kan telefon dan trdengarlah lagu Maher Zain '" InsyaAllah..Insya Allah.. menandakan ada sms. Emmm dari kak Su ( Ustazah Rossuhailah ) : " Salam Ain.. Abah aku meninggal mlm td accdnt kat dpn umah kg. Jenazah tgh kat hospital tggu postmoterm pg ni. Tolong aku ayat atau surah apa patut bace ye bg bantu.Hanya baca Yassin dan tahlil utk hadiah pad arwah abah..skrg km kat rumah je ..jam 2 td br blk dr hospital. Pg nnti lps poat mortem terus mandi kat hospt .Zohor baru kebumi."

Allah..Allah..Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..benarlah Janji Mu..apabila kematian itu datang tidak akan tercepat dan tidak akan terlewat...sayu..sedih..terkilan..baru semalam kami berbual mesra di Surau As-Syafii bincang pasal bahagia mendidik anak dan mcm lg...

Tekad telefon banding balas sms...terdengar sedu menahan sebak..sian kak Su pasti dia tdk menyangka abahnya sihat walafiat tetapi kini tiada lagi... Sabar kak..doakan abah..bacakan surah Al-Ikhlas..Al-Fathehah insya Allah sampai dan boleh bantu arwah...terima kasih Ain..tdk byk yg boleh dibicarakan memandangkan jenazah mahu dikebumikan...

InsyaAllah aku akan ziarah hari ini..sebagai tanda simpati dan silaturrahim..

Refleksi :

1. Sedar kematian akan datang tanpa diduga...
2. Perlu beristighfar setiap hari ( 100x atau 70x )..
3. Kematian orang tersayang jadikan ikhtibar dan peluang untuk dekat dengan Allah SWT..
4. Doakan..dan terus doakan diri agar meninggal dunia dlm keadaan beriman..doakan mereka dan hadiahkan mereka yang telah meninggalkan kita dengan bacaan Al-quran yang kita baca setiap hari...
5. Sentiasa bersedia menghadapi kematian...dgn melakukan amal kebaikan, sebarkan ilmu beramal jariah semata2 kerana Allah SWT..






Sabtu, 29 September 2012


Assalamualaikum..smg Allah SWT sentiasa memberikan kita kemudahan dalam sgl urusan dan mengurniakan  kesabaran. Untuk para pengunjung blog atau yang ingin membuat   Permohonan Kemasukan ke TINGKATAN 4 MRSM bolehlah anda melakukannya bermula 1 Oktober 2012 di lawan rasmi



atau 




A. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE

1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di  Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh 
Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains.


B. CARA MEMOHON KATA LALUAN


1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai  1 hingga 19 Oktober 2012. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.
2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012 yang disahkan enar 
serta angka giliran PMR 2012, semasa mendapatkan kata laluan.  
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4.  Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah: 
(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

C. UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN  KE MRSM (UKKM)

1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 26 hingga 30 Nov 2012.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online.
NOTA: 
1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan  rendah
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.


D. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM

1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi 
subjek teras dalam PMR tahun 2012.
2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).
1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 19 Oktober 2012.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada  26 Oktober 2012.
3. Pemohon  boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2013.  Sekiranya pemohon tidak 
menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Rabu, 26 September 2012

 Alhamdulillah..wassolatatu a`la Rasulillah wa a`ala ali wa sahbihi ajma`in..

Hati pasti rasa bahagia jika kita dapat melakukan:

1. Bangun Tidur dpt memanjatkan doa Alhamdulillahillazi ahyana ba`da ma amatana wa ilahinnusyur...

2. Ambil wudhuk dan solat sunat tahajjud.

3. Beristighfar dan memuji Allah SWT

4. Membaca Al-Quran


 
Alhamdulillah.......رب اجعلنى مقيم الصلوة ومن ذزيتى  
5. Memandu kenderaan sambil mengingati Allah atau mendengar cd, radio yang dapat menaikkan semangat utk bekrja dan niat keluar rumah semata2 mencari keredhaan Allah.

5. Membahagiakan orang lain di tempat kita bekerja.

6. Sentiasa bersangka baik dengan rakan sejawat.

7. Jaga pertuturan dan akhlak

8. Apabila berkumpul bersama keluarga lalui rutin solat berjemaah ( suami dan anak lelaki pergi ke masjid ).

9.Jadikan rumah seperti taman syurga seperti adakan majlis ilmu ( kelas Al-Quran dll pengajian )

10. Baca surah Al-Waqiah dan Surah Mulk sebelum tidur..

Selasa, 25 September 2012

PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF AMBILAN TAHUN 2013

Assalamualaikum... semoga Allah SWT sentiasa merahmati,mengampuni,memberi hidayah dan mengurniakan rezeki yang baik kepada kita.

Alhamdulillah  Permohonan bagi mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mode Latihan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Tahun 2013 telah diumumkan oleh KPM. Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan hal ini anda bolehlah merujuk 

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2012/1348220619.pdf



1.Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2012 (Rabu) jam 9.00 pagi.
2. Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 26 September 2012 (Rabu) dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
5.Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran dalam borang e-permohonan. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang BERJAYA dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

Tazkirah Ustazah Ain.Com ; Jika anda benar-benar berminat mohonlah dan niatkan kerana Allah SWT. melalui pengalaman diri dan semoga Allah melindungi drpd sifat riyak dan takabbur . Alhamdulillah dengan keberkatan kita belajar dan mengajarkan Al-Quran hidup kita terasa bahagia memang benarlah hadith Rasullullah yang bermaksud " Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar dan mengajarkan Al-Quran". Terasa setiap doa kita dimakbulkan, apabila kita diberi ujian kesenangan dapat menghadapi dengan kesyukuran dan menghadapi ujian kesusahan dengan penuh kesabaran...dan banyak lagi nikmat yang tdk terhitung apabila kita sentiasa terlibat dengan Al-Quran....Rebutlah peluang ini...

Isnin, 24 September 2012


Assalamualaikum...Ya Allah Permudahkanlah urusan kami untuk membuat permohonan ini dan jika sekiranya ia baik untuk kami maka perkenanlah..sesungguhnya Engkau  Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami...

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 24 September 2012
 
iklan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 24 Sept 2012


  Sila layari lamaan web berikut dan ikutilah arahan yang dikehendaki.....Selamat Berjaya...Bismillah...




Jumaat, 21 September 2012

Assalamualaikum..

Astaghfirullah..Subahanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar.InsyaAllah dengan membaca lafaz tersebut akan membiasakan kita sentiasa memohon ampun kepada Allah SWT dan mengingati Allah selalu.

 Adalah dimaklumkan bahawa semakan calon layak temudugaBiasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2013 boleh mula disemak mulai 24 September 2012 ( Isnin ) di laman sesawang KPM

 


Semoga permohonan kalian berjaya...jangan lupa ucapkan ALHAMDULILLAH dan sujud syukur bagi yang berjaya. Teringat pada sahabat yang memohon Kak Maizatul Ardziah, Kak Rahil dan Adik Maria...berdebar juga jika diizinkan mereka dapat nampaknya Bahasa Arab tahun depan pada siapa la nak dirujuk sifu saya tu kebanyakkannya...tapi saya berdoa kepada Allah semoga semua urusan dipermudahkan...

Bagi yang kurang berjaya jangan berputus asa dan cuba lagi..pasti ada hikmah disebaliknya..

Khamis, 20 September 2012

Assalamualaikum kepada para ibu bapa yang dirahmati Allah hendaknya.

Untuk kemudahan kita semua untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak bermula daripada prestasi 1, pertengahan tahun, prestasi 2 dan akhir tahun bolehlah anda melayari lawan web berikut :


untuk makluman juga keputusan peperiksaan ini hanyalah melibatkan pelajar darjah 3tahun 2012 hingga 6 sahaja bagi sekolah rendah. Bagi sekolah menengah daripada tingkatan 2tahun 2012 ke atas.



 Anda klik pada " Semakan Ibu Bapa "



Ini adalah keputusan peperiksaan anak anda..ini adalah keputusan exam anak saya nampaknya subjek B.Inggeris dan Matematik kena usaha lagi.


Di kesempatan ini saya ingin menasihatkan diri saya dan para ibu bapa..bersyukurlah pada Allah SWT jika keputusan anak kita cemerlang, jangan lupakan jasa guru yang mengajar. Bagi saya amat penting kejayaan akademik selaras dengan kejayaan akhlak anak kita. Ajarkanlah mereka tentang solat seawal 7 tahun dan 10 tahun boleh dirotan jika mereka enggan solat. Saya sebagai seorang guru amat bimbang dengan situasi pelajar kita hari ini tidak lain dan tidak bukan kitalah ibu bapa yang mencorakkan anak2.

Bagi ibu bapa yang mendapati keputusan anak-anak yang kurang cemerlang...jangan dimarah mereka sebaliknya kita cuba imbas dan muhasabah kembali bagaimana kita memberi tumpuan pada anak2 kita selama ini. Tidak bererti anak yang kurang cemerlang tidak boleh berjaya di masa hadapan. Doakanlah mereka ketika solat, ketika menanak nasi dan cuba bacakan Al-Fathehah dan Surah Al-Insyirah serta niatkan moga anak2 kita mudah faham dengan subjek yang mereka pelajari... bukankah Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW telah menyatakan bahawa DOA IBU BAPA tiada hijabnya..mengapa kita tidak mahu mengambil peluang ini... Semoga kita bahagia Dunia & Akhirat..

Rabu, 19 September 2012

Assalamualaikum..


Tawaran telah dibuka dan makluman utk ibu bapa guru dan calon UPSR dan PMR 2012.Bersegeralah mendaftar brmula 15 september 2012 hingga 31 Oktober 2012...


Sila layari lawan meb ini utk terus mendaftar ke bahagian Permohonan Sekolah Berasrama penuh & Sekolah Kawalan :

Diharap kepada ibu bapa bersabar ketika mengisi borang melalui online ini..saya bermuhasabah seketika bila kita kaitkan dengan kehidupan dengan Allah SWT. kita berusaha untuk mencapai sekolah yang terbaik untuk anak-anak begitu jugalah sepatutnya kita berusaha bersungguh-sungguh  untuk menjadi hamba yang terbaik sanggup beronline hingga jauh malam..apa kata saya cadangkan kita solat hajat dahulu sebelum menggunakan aplikasi ini. Pohon dengan Allah SWT sungguh2...teringat saya akan hadith Rasullullah SAW


“ Allah SWT turun ke langit dunia sepertiga  waktu malam masih tersisa, Allah menyeru : Adakah di antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya  Aku mengabulkan permintaannya? Adakah di antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya aku mengampuninya? Adakah di antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya aku memenuhinya.”

Doalah, bermohonlah kepadaNya dengan jalan sabar dan solat..Jangan lupa apabila selesai dan dapat keputusan untuk mendaftar ke SBP sujud syukurlah sebagai ucapan terima kasih atas bantuan Allah SWT..apabila sebaliknya fikirlah pasti ada hikmah disebaliknya seperti mana maksud firman Allah SWT : kadang2 apa yang kita tak suka itu baik untuk kita dan kadang2 apa yang kita suka itu tidak baik untuk kita...sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Apa yang penting berusahalah...berdoa..bertawakkal.

 





Ahad, 16 September 2012

Assalamualaikum.....
Alhamdulillah resepi yang akan saya berikan ni adalah di antara resepi yang paling banyak saya menerima tempahan. Tapi buat masa ni entah kenapa rasa macam tak de mood je nak buat kek..insyaAllah saya mula nak terima semula tempahan kek..jadi untuk rakan2 yang ada rindukan kek saya bole la mula order ye ...bagi yang nak buat sendiri saya dengan berbesar hati memberi resepinya semoga perkongsian ilmu ini jika memberi hasil pada kalian ada manfaatnya utk saya di alam kubur nnti sebgai ilmu bermanfaat yg ditinggalkan.
 
Kek Coklat
1 Cawan Gula
1 Cawan Serbuk Koko
1 Cawan Minyak Masak
1 Cawan Susu Cair
1/2 Cawan Susu Pekat Manis
( Pukul Sebati bahan di atas )

Bahan B

1 Cawan Suku Tepung gandum
1 sudu makan baking powder
1 sudu makan soda bikarbonat
( Diayak dan satukan gdn bahan A )

4 Biji telur dipukul berasingan dan tuangkan pada bhn di atas.

Untuk coklat lembab ( Topping )

200g wip cream / susu segar
300g Coklat masakan
 

Kukus selama 1 jam setengah jika guna loyang kecil dan ditutup ngan alumunium foil.
Boleh juga gunakan tupperware.. kukus gunakan penutupnya sekali lagi mudah....


Ini yang dalam Tupperware Cup..



Kek Coklat Moist ( Bawah ) atas adalah kek Oren BerCoklat

























 Terima kasih kepada Ustazah Yasirah Yazid  GC PAI drpd SMK Taman Universiti Skudai yg sudi berkongsi bahan dan ilmu..smg Allah Memberi kerahmatan dan keberkatan atas perkongsian ini...


Sabtu, 15 September 2012


Tahniah! Dah 10 Tahun...syukur
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memberikan ruang utk kita berbicara Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan para sabahat yang diredhai Allah...


Petang kami sekeluarga hadir ke majlis kesyukuran Hari Lahir Wawa..alhamdulillah makanannya semua sedap2. Ada laksa, ada lontong, kentang goreng, nasi lemak, kek, air jimmy asmara, jelly kelapa, kopok dan byk lagi..emm memang puas hati dgn masakan keluarga depa ni..rugi zura tak de.

Ha..inilah makanan yg sedap2 tu...


Pada mulanya tak ramai tetamu yg hadir tapi lps baca doa alhamdulillah ramai entah berapa kali wak om reload air jimmy asmara..

Kawan Wawa semuanya malu2 kucing..kalau yang sedara dia ni asyik bangun duduk utk ambik makanan je..

Berapa kali bgn duduk ni??


Tetamu jauh ni...Embah Ekah ngn Embah Buyot Wawa




Oklah kami harap wawa ditetapkan iman, jadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat..tak lupa untuk Juma moga cepat sembuh ..sabar ye tu tanda Allah sayang pada Jumah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim