Jumaat, 28 Disember 2012

Assalamulaikum..
Alhamdulillah Jumaat mencengah lagi dan kita masih diberi kesempatan untuk menemuinya..
Hati berbunga dan bahagia..menyambut kehadirannya...
Lantaran mengetahui begitu banyak kelebihannya berbanding hari lain..

Sama2 kita cuba buat sesuatu yang lebih istimewa berbanding hari biasa..
Cuba bangun malam berqiamullail..
Membaca Surah Yasin dan Surah Kahfi
Bertahlil,bertahmid,bertasbih, beristigfar dan berselawat ke atas Nabi..
Jika hari biasa 100x apakata kita gandakan pada hari Jumaat ni..
Mandi sunat Jumaat...
Bersihkan anggota badan..potong kuku ..bercukur..
Solat Dhuha..
Menolong jiran, keluarga, jiran..
Datang awal ke masjid...
Bahagianya...
Melakukan iktikaf..
Berdoa..berdoa..dan berdoa..
Bersedekah walau sekadar dengan senyuman..
Masukkan mana2 tabung lebih daripada RM1..

Jumaat...
Indahnya..
Membawa berjuta rahmat..
Semoga diberi kesempatan untuk bertemunya lagi..
Amin Ya Rabbal A`lamin..

Khamis, 27 Disember 2012

Assalamualaikum..
Kepada anak2 murid yang dirindui lagi dikasihi..
Cuti sekolah akan berakhir..
Bermulalah lembaran 2013..

Ustazah memaklumkan semua pelajar SAMTAJ dikehendaki hadir ke sekolah pada ketetapan berikut :
Tarikh : 1 Januari 2013
Hari    : Selasa
Masa  : 8.30 pagi- 12.00 tghari
Agenda : Pendaftaran Ting 1 hingga 5
               Kemas kini kelas dan perlantikan AJK kelas
               Pembelian buku di koperasi untuk pelajar ting 2 hingga 5
Pakaian : Sekolah
Pembayaran yuran PIBG sedang menunggu kelulusan PPD jadi tiada sebarang kutipan yuran untuk guru kelas kecuali yuran koperasi adalah seperti berikut :      

             
                              
                                                          Yuran koop 2013 from Noor Aini Samsusah 

* Tahun ini kitab Muzakirat daripada ting 1 hingga 4 adalah pinjaman dan tidak perlu beli lagi di koperasi..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
Tahniah bagi yang berjaya dalam Temuduga Program Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat kedoktoran dan Sarjana Tahun 2013.

Semakan boleh dibuat pada 26 Disember 2012 hingga 31 Januari 2013. 

Sila klik :

 untuk semakan. 


Bahagianya dapat sambung belajar lagi. Bersyukurlah pada Allah SWT kerana kita berjaya terpilih.Bagi yang tidak berjaya cuba lagi dan pasti ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.


Selasa, 25 Disember 2012

Bismillah..
Alhamdulillah..
Allah terus memberi nikmat pada kami sekeluarga untuk menikmati cuti2 di Cameron Highland..
Anak2 begitu gembira selepas bercuti di Melaka ..saya peringatkan kepada mereka..kita kena cakap apa anak2..alhamdulillah mereka menjawab terima kasih Allah..bagi kami peluang jalan2..

Pertama kali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada keluarga Mak Bonda  yang sponsor penginapan kami sepanjang di bumi Cameron. Banyak yang kami perolehi daripada rehlah keluarga ini..erti kasih sayang, kerjasama, silaturrahim..dapat solat subuh berjemaah..Semoga rezeki keluarga Mak Bonda akan bertambah lagi..begitu banyak jasa kalian pada kami..menghantar dan membawa pulang anak ke sekolah setiap hari tanpa bayaran..subhanallah bagaimana ingin ku balas jasa mereka..

Saya memang bertuah dan wajib bersyukur..andai ke Melaka kereta di pandu sepenuhnya dengan sahabat baik Siti Norfarehan..kini ke Cameron dipandu sepenuhnya dengan anak saudara  Noratiqah..memang Allah begitu menyanyangi kami walau tiada suami dan ayah bagi anak2..Allah SWT mudahkan urusan kami..
Alhamdulillah Allahu Akbar..berkatilah kami dan mereka sekeluarga..

Kami bermalam di Crown Imperial Courts Brinchang..
Jangan lepaskan peluang ke pasar malam.Barangan lebih murah berbanding di kedai2 biasa..lagi2 time nak tutup..
Melawat Cactus Vally..
Singgah sebentar di Kampung Sedia..pengusaha ladang strawberry bumiputera..tapi ramainya orang nak parking agak susah..
Melawat MARDI..tetapi hujan turun so tak dapat nak jalan2..singgah solat dan makan tengahari sahaja..ada sedikit bayaran masuk RM3 utk dewasa dan RM1.50 utk kanak2..
Ziarah Cameron Bharat..Subhanallah Allahu Akbar..indahnya alam...bukit bukau ditanam dengan pokok teh yang teratur..
Membeli sayur-sayuran disepanjang perjalanan pulang..
Rehat sebentar di Lata Iskandar..
 

Percutian di bumi Cameron membuka mata kami akan kebesaran Allah SWT...
Kami merasai kesejukan...hingga nak mandi pun fikir 10 kali..
Menikmati keindahan gunung ganang diliputi awan..
Khuatir dengan kejadian tanah runtuh...
Pemandangan perkampungan orang asli...
Keunikan air terjun Lata Iskandar..beberapa punca air dari bukit2 begitu mengasyikkan..
Ladang teh yang memukau pandangan..Subhanallah ..Masha Allah..
Kebun sayuran yang melata..tanaman strawberry..kaktus..bunga ros...
Memang benar firman Allah..kita tidak mampu menghitung nikmatNya..

Bagi mereka yang ingin ziarah ke bumi Cameron di musim cuti ini perlukan kesabaran..
Ramainya pengunjung..jalan sesak..hotel penuh..
Kami nak membeli strawberry pun susah..asyik kehabisan ditambah dengan bukan musim buah tersebut ..
Alhamdulillah dapat la juga beli utk ole2 sanak saudara..

Jom..lihat foto2 kami sepanjang percutian di Bumi Cameron...Subhanallah..



















 









































 
Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah..semoga Allah merahmati percutian kami dan dikurniakan rezeki lagi untuk melihat keindahan bumi ciptaan Mu Ya Allah....












Alhamdulillah was Solatu wassalamu a`la Sayyida Muhammad wa a`la alihi wa sohbihi ajma`in..

Mudahakan Ya Allah urusan ku dalam mendidik mereka..(dr kanan ;Hafsah Hafizah , Farah Fathehah & Mumtazah )

Hamka cilik..semoga besar nanti menjadi seperti ulama Hamka..itulah harapan disebalik nama yang diberi

Apabila membaca pesanan daripada Prof. Mohd Kamil Ibrahim  berkaitan hadis Nabi bahawa ibu bapa adalah pencorak watak anak2..Alhamdulillah anak2 masih kecil dan peluang untuk melentur mereka di tahap yang mudah..kadang2 terasa lemah juga sementelah diri adalah ibu tunggal..menguruskan mendidik anak2..pengurusan kewangan dan mcm2 lagi..tetapi diri terasa gagah apabila teringatkan Imam Shafiie adalah anak yang dibesarkan oleh ibu tunggal. Bagi yang senasib seperti saya janganlah kita patah semangat walau suami telah tiada..yakin bahawa Allah telah memilih kita dan kita adalah mereka yang mempu untuk menerima ujian ini..cari ilmu dan jangan lupa diamalkan mengikut kemampuan..Janji Allah sentiasa benar dan yakinlah..Baiklah saya memang suka sangat membaca laman web Prof Kamil Ibrahim dan kali ini saya ingin kongsikan catatan Prof. Mohd Kamil Ibrahim yang kini tinggal di Madinah sebagai perkongsian yang amat bermakna buat diri saya terutamanya..

Hadis 11: Kami Ibu bapa mu
 (Petikan dari Kitab Hadis Moden yang sedang ditulis. Semoga Allah permudahkan urusan penulisan kitab kecil ini dan ia menjadi ilmu yang bermanfaat)

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi".

Alhamdulillah, Subhnallah, Allahu Akbar. 

Hadis ini jelas menunjukkan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak. Ketika dilahirkan mereka – anak-anak – ibarat kain putih.  Kita – ibu bapa – mencorakkan warna kain putih tersebut dengan pelbagai warna. Namun akhirnya warna-warni yang terhasil biarlah membawa mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Membaca, mempelajari dan benar-benar mahu menghayati hadis ini boleh menyebabkan air mata gugur membasahi pipi. Hati tertanya-tanya, "Ya Allah, sempurnakah tanggungjawab ku terhadap anak-anak?". Terasa berat beban di bahu. Minda sentiasa berfikir, "selamatkah mereka dari siksa kubur dan api neraka? Bertemu semulakah kami semua di syurga Firdaus?".  

Anak anugerah Allah. Saya masih dapat membayangkan kegembiraan apabila dimaklumkan isteri hamil setelah hanya beberapa bulan diakad nikah. Isteri termenung. Barangkali penerimaannya berbeza. Beliau baru berusia 22 tahun dan hidup pada abad ke 20 di mana banyak perkara dilambatkan. Ramai rakan sebaya yang kahwin lewat usia, mempunyai anak ketika usia tidak terlalu muda dan beristilah, "nikmati usia muda sebelum berkeluarga". Agakan saya, isteri juga mahu menikmati usia awal perkahwinan – berbulan madu – berdua tanpa kehadiran sesiapa. Ia kisah berjumpa doktor kerana demam, muntah dan pening-pening. Alangkah terkejutnya bila dimaklumkan, "tahniah, awak sudah berbadan dua". 
Manusia hanya boleh merancang. Namun Allahlah yang menentukan rezeki anak sebagaimana yang dinyatakan olehNya melalui ayat 49-50 surah Asy-Syura yang bermaksud,"Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendakiNya), dan Dia menjadikan mandul sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa". 

Saya terlalu gembira dengan berita tersebut kerana bakal menerima zuriat. Ia ego seorang lelaki. Tidak tertanggung rasanya jika saya dikelaskan sebagai lelaki mandul. Itulah fikiran di kala tersebut sebelum bertemu ayat di atas. Namun kegembiraan tersebut tentu sekali tanpa memikirkan betapa anak merupakan anugerah Allah yang disertai dengan tanggungjawab khusus. Ia satu amanah. Lalu – pastinya – menerima dan membesarkan anak-anak tidak boleh mengikut selera atau acuan sendiri. Ia wajib mengikut arahan Pemberi Amanah. Allah SWT telah memberi amaran yang sangat keras melalui surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud,"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya pula malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan".

Allahu Akbar. Saya mempelajari dan mahu mengamalkan hadis di atas ketika hanya sesudah beranak empat. Allah SWT telah menganugerahkan kami dengan dua pasang anak yang sihat sejahtera. Setiap pasang jarak umur mereka hampir 10 tahun. Maksud saya, mereka merupakan anak-anak yang hidup dalam dua tempoh waktu berasingan. Namun mereka cukup segalanya. Kempat-empat mereka merupakan anak-anak yang menyerikan kehidupan kami sekeluarga. Lalu logik kehidupan sangat mudah. Kami mahu mereka berjaya di dunia dengan memastikan kesemuanya mendapat didikan akademik paling sempurna. Kami juga berharap ustaz dan ustazah di sekolah agama memberi didikan secukupnya agar mereka memahami asas agama Islam. Agak saya ia sudah memadai.

Saya anggap mereka tahu bersolat. Tentu sekali mandi wajib telah diajar di sekolah. Apatah lagi dengan segala ilmu fardhu kifayah dan fardhu Ainnya. Bukankah itu sudah tersedia di dalam sukatan mata pelajaran sekolah-sekolah di Malaysia. Saya tidak pernah memanggil anak-anak berkata dan bertanya, "tolong baca al-Fatihah, bacaan semasa tahayat akhir atau bacaan ketika sujud dan ruku'. Kamu faham makna al-Fatihah?". Tidak, ia tidak pernah berlaku. Malah sebelum akil-baligh atau diperingkat awal remaja, solat bukanlah sesuatu yang diutamakan. Ia tidak pernah dikisahkan seumpama membuat kerja rumah atau menghafal sifir. Jauh sekali untuk mengajak anak-anak solat berjemaah di masjid. Tidak timbul langsung mengajak atau mengajar mereka solat sunat Rawatib atau berpuasa Isnin dan Khamis. Saya tidak tahu mereka mengetahui atau tidak fadilat solat Tahayatul Masjid.
Tentu sekali tidak sampai makam kami untuk berkata kepada anak-anak sebagaimana lafaz Luqman semasa beliau memberi nasihat kepada anak-anaknya,
"Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.
Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". 

Malah kami tidak pernah terfikir untuk memanggil anak-anak dan berpesan seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub lakukan kepada anak-anak mereka sebagaimana yang diceritakan oleh Allah SWT melalui surah al-Baqarah ayat 132-133 yang bermaksud,
"Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.
(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika dia berkata kepada anak-anaknya: Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati? Mereka menjawab: Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".

Tentu sekali menyembah Allah bermakna mengikut segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya. Allahu Akbar, kami mohon keampunan Mu ya Allah. Namun saya tidak fikir yang kami berseorangan di dalam membiarkan pendidikan agama anak-anak diuruskan oleh orang lain. Terkelip-kelip mata saya mendengar keluhan seorang bijak pandai universiti bercerita, 
"Anak saya sudah berusia 18 tahun. Suatu hari saya bertanya makna surah al-Fatihah. Anak saya tidak tahu Saya hairan dan kecewa. Apakah yang dilakukan oleh ustaz-ustazah di sekolah".
Malah tidak tergamak mendengar kemarahan seorang bapa mencela tindakan atau arahan ustaz – di universiti tempat saya pernah bertugas – yang mahu para pelajarnya menutup aurat di dalam kelas. "Saya sendiri tidak pernah memaksa anak-anak saya memakai tudung. Ini hak peribadi. Tiada siapa yang boleh memaksa anak-anak saya bertudung".
Tentu sekali agak luar biasa mendengar cerita ibu-ibu di Luar Negara – misalnya di Arab Saudi – yang bersungut tentang kesukaran pendidikan agama anak-anak. Perasaan tidak yakin dengan ilmu agama yang ada, keengganan untuk membuka kembali buku untuk belajar dan mengajar anak-anak menjadikan masa berlalu bergitu sahaja. Alih-alih anak terus membesar tanpa mempunyai asas pengetahuan agama yang kukuh. Namun ada yang terlupa – rupa-rupanya – mereka merupakan ustazah yang mengajar ilmu agama di Malaysia.

Saya tidak tahu warna apakah yang telah saya corakkan kepada sehelai kain putih bersih sehinggalah kami ternampak ia bertompok-tompok dengan warna yang tidak enak dipandang mata. Namun ketika Allah SWT memberi kesedaran betapa hidup di dunia hanyalah sementara, kami cuba membetulkan kembali warna-warna yang telah kami pilih sebelumnya. Misalnya, saya mula memaksa, mengajak dan berdoa agar anak-anak lelaki supaya solat berjemaah di masjid. Ia bukan satu pilihan mewah. Hampir kesemua hadis-hadis yang saya pelajari berkaitan kepentingan solat berjemaah disampaikan kepada mereka dengan cara bersungguh. Lalu pada 1/3 malam tersisa saya memohon kepada Allah SWT agar hati mereka terbuka untuk menunaikan ajakan yang tidak henti-henti dari seorang ayah yang mempunyai masa sisa yang terbatas.

Malah saya mahu pastikan anak-anak perempuan tahu menutup aurat dengan sempurna. Tanda aras kesempurnaan pakaian ialah ia boleh dibawa mengadap Allah SWT. Tentu sekali ia tugas sukar setelah bertahun-tahun mereka membesar dalam suasana masyarakat dan keluarga yang tidak mementingkan kesempurnaan ini. Misalnya, begitu ramai anak gadis memakai tudung kepala tetapi berlenggang-lenggok dengan t-shirt dan seluar jeans yang sendat. Lalu saya mengambil kesungguhan untuk menerangkan hakikat sebenar suruhan dan larangan Allah SWT.

Begitulah. Saya menginsafi betapa amaran – Yahudi, Majusi dan Nasrani – terpikul dibahu seorang ayah. Saya seorang ayah. Lalu saya berpesan kepada anak-anak yang dicintai, "Wahai anakku, jika ayah terkhilaf dalam mendidik mu, jangan pula kau turuti untuk anak-anak mu. Ajarlah mereka sebagaimana Luqman, Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub berpesan kepada anak-anak mereka. Mungkin, ingatkan juga beberapa ajakan dan pesanan ayah yang sempat ayah titipkan sebelum ayah pergi buat selamanya. In'sya Allah, kita bertemu di Firdaus".
Kami mohon keampunanMu ya Allah.

Nota Hadis: Hadis riwayat Imam Muslim pada sohihnya melalui kitab: Qadar. Ia terkandung dalam bab: Semua anak yang lahir, lahirnya atas fitrah. Nombor hadis 2658.


Terima kasih Prof..atas catatan harian dan tazkirah..semoga Allah terus mengurniakan kekuatan dan semangat pada Prof utk menyampaikan ilmu yang begitu bermanfaat utk saya dan mereka yang sentiasa dahagakan ilmu..

Isnin, 24 Disember 2012

Assalamualaikum..

Bagi yang telah berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 1 di SBP 2013  diucapkan TAHNIAH dan BERSYUKURLAH...

Bagi yang tidak berjaya Alhamdulillah pihak KPM masih membuka ruang untuk membuat rayuan di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 24 Disember 2012 Isnin mulai 10.00 pagi. 

Anda hanya perlu memasukkan no.angka giliran UPSR dan klik butang hantar.
Saya doakan moga permohonan rayuan anda kali ini berjaya .

Untuk membuat rayuan sila klik di sini : 



Khamis, 20 Disember 2012


Alhamdulillah Keputusan KISSM bagi   :

1. Peserta KISSM Kohort Mei, Jun, November Bagi Tahun 2012 Kelolaan IPG., Kementerian Pelajaran

2. Perserta KISSM Kumpulan 1 Kohort 3,4dan 5 Kelolaan JPN, Kementerian Pelajaran Malaysia 

 telah diumumkan  dan Semakan keputusan boleh dibuat mulai 20 Disember 2012

sila klik :

dan jangan lupa download serta print out keputusan melalui online .

 

saya amat berdebar dan telah membuat semakan tapi masih belum berhasil..mungkin  terdapat masalah teknikal seperti semakan temuduga SPP yang lalu keputusan-temu-duga-jawatan-pegawai.DG29 PPPLD dan PPS


Sila ambil Perhatian melalui sumber :
CALON JPN



1.
Semakan keputusan KISSM untuk calon-calon kelolaan Jabatan Pelajaran Negeri bagi Kohort 3, 4 dan 5 (Julai, September dan Oktober) bagi tahun 2012 akan diumumkan melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia dan semakan boleh dibuat dari semasa ke semasa.
2.
Calon yang gagal KISSM perlu membuat permohonan untuk menduduki semula Ujian Akhir Kursus (UAK) KISSM di JPN masing-masing.
3.
Sebarang pertanyaan berkenaan KISSM, boleh hubungi Puan Khawidah binti Abd. Samad di talian 03-8884 1377 atau melalui e-mel di alamat kissm.bpg@gmail.com.

CALON IPG



1.
Semakan keputusan KISSM kelolaan IPG KPM akan dikeluarkan selepas pembentangan Laporan Prestasi Calon dibuat dalam Mesyuarat Panel Pengurusan Induk KISSM KPM. Calon hendaklah menyemak laman web KPM dari semasa ke semasa.
2.
Calon IPG KPM yang GAGAL KISSM perlu membuat permohonan untuk menduduki Ujian Akhir Kursus (UAK) KISSM di JPN masing-masing tempat mereka bertugas (Posting).
3.
Sebarang pertanyaan berkenaan KISSM kelolaan IPG KPM boleh hubungi En. Abd. Hadi bin Haji Kudin di talian 03-83126735 atau emel hadi.kudin@moe.gov.my









Assalamualaikum...kali ni nak kongsi cerita pula selepas naik puas menaiki beca bandar-raya-melaka-bersejarah mengelilingi Bandar Hilir..
Kami mengambil keputusan utk menyusuri Melaka River Cruise..Bayaran utk naik Bot ni kira ok la..utk org dewasa RM10 dan kanak2 hanya RM5..wah! kali ni Cikgu Yan sponser..semoga makin dimurahkan rezeki..
Kami mengambil keputusan utk solat jamak takhir ..Alhamdulillah mengambil peluang hadiah dr Allah bg org yg bermusafir...
kami dapat merasai 2 suasana antara siang dan malam ketika menyurusi sungai ini...bangunan di tepi kanan dan kiri sungai begitu indah dengan mengekalkan struktur bangunan lama, bangunan di cat serta dilukis mengikut daya kreativiti dan nilai bersejarah...memang rasa teruja dan anak2 pun menyatakan seronok lagi naik bot ni dari naik beca...apabila malam mula menjelma lampu2 mula dipasang dan indahnya suasana..masing2 memberi erti yang tersendiri..bagi sesiapa yang belum pernah ke sini jom la sementara cuti sekolah masih berbaki..
Dapatkan tiket di sini

Teruja la

Kincir Air

Tinggalan Kubu Sejarah

Deretan bangunan


Beberapa jambatan yang dilalui

Sibuk melambai..
 




Perkhidmatan monorel...


Waktu Maghrib..







Bersemangat


di jeti..


Ni tak ada keje la 
Selepas ini kami akan menaiki Menara taming Sari..sudi2lah mengikuti catatan percutian kami


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim