Selasa, 6 Jun 2017

Assalamualaikum


Alhamdulillah kali ini bepeluang berbuka puasa di De Palma Hotel Kuala Selangor yang berkonsepkan Muhibbah untuk pelbagai bangsa dan agama. Apa salahnya jika ada rezeki lebih atau ingin meraikan insan tersayang tahun ini kita ajak berbuka di sini. Ustazah kali ini bawa semua anak dan betapa seronoknya mereka apabila melihat hidangan yang menyelerakan dan dekorasi yang menarik.

Tentu anda mahu tahu keistimewaan berbuka puasa di De Palma Kuala Selangor. Jom kita baca info di bawah.

Berkaitan dengan harga buffet di sini ialah ;

Untuk Dewasa : RM49.90
Untuk Kanak-kanak ( 6 -12 tahun ) : RM25.00
5 tahun ke bawah adalah Percuma ( bestkan )

lagi? Untuk mendapatkan diskaun 10% sila nyatakan yang anda refer pada blog Ainsweetkitchen.com untuk Buffet Ramadan kali ini.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi 03-32897070 atau layari  http://www.depalmahotelonline.com




Merujuk kepada gambar di bawah anda pasti berasa puas hati dengan nilaian yang anda belanjakan untuk berbuka di sini. Hidangan ini terletak di luar dewan sebelum masuk ke dewan utama.

Kambing Bakar ( Roasted Whole Lamb )

Char Kuey Teow Panas

Ayam Bakar Wak Menong

Pelbagai dessert

Aneka Buah-buahan


Aneka Puding dan kuih muih

Tepung Pelita...sedap

Ketika anda masuk ke dalam dewan pasti terpegun dengan dekorasi yang selesa dan cantik. Banyak stall di sebelah kiri dan kanan dengan juadah tradisonal dan barat.




Yong Tau Foo

Pasta Bolognese dan Cabonara

Roti John

ABC dan ice cream


Roti Jala

Nasi Ayam


Ketika saat menanti berbuka puasa kita akan diperdengarkan dengan  alunan bacaan Al-Quran oleh qari jemputan dan selawat ke atas Nabi selain alunan zikurllah.



Menu diruangan tengah dewan adalah tertumpu kepada makanan nasi berlauk dan makanan tradisional. Sungguh enak, pelbagai dan pasti membuka selera apatah lagi seharian kita berpuasa. Ustazah suka mengambil nasi time last nanti di sebabkan tidak mahu terlalu kenyang dek kerana kalau boleh nak rasa semua makanan yang ada. Untuk hidangan nasi terdapat nasi putih dan nasi tomato yang sesuai dengan lauk pauk yang disediakan di bawah 

Ayam masak merah
 Ikan Pari masak nyonya
 Kambing varuval

 Sayur Campur
 Masak Lemak Meranti
 Makanan bergoreng
 Acar Mentimun
 Tempe

 Pecal
Jeruk-jeruk

Masih ada lagi iaitu di sebelah kiri dewan disediakan pelbagai jenis air yang menyengarkan dan pelbagai sama ada sejuk atau panas selain roti cadar dan makanan India.




 Air Cendol




Setelah selesai berbuka, Ustazah dan anak-anak kepuasan bersyukur atas segala nikmat juadah hari ini dan perlu solat maghrib. Ruangan solat disediakan dengan selesa yang terletak di luar dewan . Usai daripada solat maghrib masih ada masa lagi untuk menjamu selera hingga jam 9.00 malam. Jadi tak perlu risau jika semasa berbuka tidak dapat menikmati hidangan pilihan.



Semasa kami menyambung menikmati juadah, kami dihiburkan dengan nayian nasyid dan selawat daripada saudara Halim Ahmad dan kumpulan Ghazal.



Rakan blogger


Alhamdulillah kami sudah kenyang dan perlu pulang segera untuk berterawih pula. Jom! jangan lupa jika nak berbuka di sini nyatakan anda maklum daripada blog Ain Sweet Kitchen untuk mendapatkan 10% diskaun.


Sabtu, 13 Mei 2017

Alhamdulillah..Cheese tart Flower kali ini adalah tempahan daripada adik Zulaikha yang menetap di Klang.

Flower Pink Awesome..

Pada awalnya Zulaikha ini, singgah ziarah ustazah dengan kakaknya Siti Khadeejah Basharah yang merupakan sahabat baik semasa belajar dulu..emm sekali rasa dia berpuas hati dan tempahan kali ini adalah kali kedua terus nak 2 kotak.

Shellnya rangup 

Lepas ini tak tahulah bila lagi kita nak bersua sebab jauh dah tempat Zulaikha bekerja. Kakaknya lagi jauh di Melaka.

Harga Cheese Tart ini ustazah masih kekalkan juga harganya RM30 untuk 25 biji walau kenaikan harga cheese memang melambung tinggi. Ingat lagi daripada harga rm39.00 sekarang mencecah RM46.00. Doakan semoga Ustazah murah rezeki ye. Harga Cheese tart juga bergantung kepada hiasan dan tulisan yang digunakan. Untuk hiasan selalunya masa yang di ambil agak lama untuk menyiapkannya. 

Berminat untuk menempah sila wassap 01132195044

Rabu, 10 Mei 2017


Alhamdulillah pada Isnin ...panjangnya tajuk entri kali ini. Maklum majlis yang diadakan adalah sempena kesyukuran Pak Sahro dan Mak Banon yang telah selamat kembali ke tanah air setelah sebulan di Mekah menziarahi anaknya yang bertugas di sana.Beruntung mereka kerana dapat mengerjakan umrah sekali. Jelas terbayang wajah kepuasan mereka ketika bercerita detik² manis ketika di sana. Haish!! Subhanallah semoga giliran kita akan tiba juga suatu hari nanti untuk ke sana.

Alhamdulillah selamat mendarat


Selain itu, majljs ini juga ingin meraikan hari lahir Amar , Naufal dan Farhana. Mereka adalah cucu² Mak Banon. Ustazah doakan semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, taat Allah SWT dan menjadi penyejuk mata ayah ibu.

Asyik merengek tak sabar nak potong kek ye Naufal
Sanah Helwa Farhan n Ammar..belakang tu orang kuat majlis Puan Rozita


Ketika Ustazah diundang sudah jam 6.30 petang dan majlis selepas isyak.Dimaklumkan untuk majlis hari jadi, tak kan tak bawa hadiah. Fikir punya fikir buatkan kek Red Velvet lah. Alhamdulillah siap sebelum waktu isyak.

khusyuk makan

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa kesyukuran. Lepas itu makan. Ya Allah banyaknya hidangan yang pelbagai. Kerahuman aroma nasi lemak memang menggoda dengan sambal udang. Ada Mee Kari, nugget,kentang senyum, pulut kuning dan kuih muih.

mee kari

Pulut Kuning berhias sentuhan wani

semuanya sedap

semangat depa ni

kek red velvet from ustazahainsweetkitchen

Di majlis begini yang seronoknya dapat berjumpa dengan jiran tetangga dan bersembang bertukar-tukar cerita. Setelah selesai majlis pun kami minta izin untuk pulang lagi pun esok sekolah. Terima kasih Puan Yah sekeluarga yang menjemput kami. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim